Monday, September 15, 2014

Sunnah ketika bayi lahir

Mengazankan Telinga Bayi
Menjadi peranan bapa untuk bersama isteri ketika isteri sedang bersalin, kemudian menyambut bayi itu seterusnya mengazankan dan mengiqamatkan telinga bayi itu. Pada zaman sekarang, di Malaysia tiada lagi halangan untuk si ibu dan si bapa untuk memegang bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan kerana doktor bidan akan meletakkan bayi yang baru lahir ke atas dada si ibu dan bukan lagi di dalam 'cots' untuk diasingkan.

Dalam banyak pandangan ulama, berkenaan hadis azan dan iqamat telinga bayi dinilai hasan. Dari Al Husain bin ‘Ali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى وَأَقَامَ الصَّلَاةَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى لَمْ تَضُرَّهُ أُمُّ الصِّبْيَانِ
"Setiap bayi yang baru lahir, lalu diazankan di telinga kanan dan dikumandangkan iqamat di telinga kiri, maka ummu shibyan (sejenis jin betina) tidak akan membahayakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Ibnu Sunny dalam Al Yaum wal Lailah. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman tidak menyebut Ummu Shibyan).

Dari Ibnu Abbas, beliau mengatakan,
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فيِ أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَليِ يَوْمَ وُلِدَ، فَأَذَّنَ فيِ أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فيِ أُذُنِهِ الْيُسرى
"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam azan di telinga al-Hasan bin ‘Ali pada hari beliau dilahirkan maka beliau azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.” (Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

Aqiqah Bagi Yang Mampu
Anak lelaki mempunyai gadaian aqiqah bersamanya, berdasarkan dalil:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Setiap anak lelaki tergadaikan dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya, dicukur rambutnya dan yusamma (diberi nama)." (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Memberikan Nama Yang Baik
Dari Ibnu abbas beliau berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam senantiasa optimis, tidak pernah bertathayyur (berfirasat buruk) dan baginda menyukai nama yang baik. (Hadis riwayat Ahmad).
Oleh itu berikan nama anak anda dengan nama yang baik ketika hari ketujuh. Mungkin ada yang akan bertanya, bolehkah memberi nama anak sebaik sahaja dilahirkan? Jawapannya boleh sahaja, tetapi sunnahnya pada hari ketujuh.

Nama yang terbaik ialah Abdullah atau Abdulrahman, diikuti nama-nama nabi, nama anak cucu para nabi yang soleh dan solehah, nama para sahabat nabi yang soleh dan solehah. Saya dapati kebanyakannya hanya satu nama, oleh itu memadai satu nama dan tidak salah jika ada dua atau tiga atau empat nama, asalkan nama yang baik. Contoh satu nama ialah Muhammad, contoh dua nama ialah Muhammad Idris, contoh tiga nama ialah Muhammad Ali Hasan.

Ramai para sahabat, para tabi'in dan para tabiut tabiin malah Imam Mazhab dan Imam Hadis pada zaman salafussoleh hanya memiliki satu nama sahaja. Nabi sendiri pernah menamakan beberapa bayi dengan nama Abdullah.

Nama anak Nabi Muhammad kesemuanya satu nama iaitu Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Ummu Kultsum, Zaynab dan Ruqayyah malah nama cucu nabi juga satu nama iaitu Ali, Umamah, Abdullah, Hasan, Husain, Muhsin, Zaynab dan Ummu Kultsum.

Ibnu Abbas bernama Abdullah, Abu Musa Al-asyari bernama Abdullah, Imam Bukhari bernama Muhammad, Imam Muslim bernama Muslim, Imam Abu Daud bernama Abdurrahman, Imam Tirmidzi bernama Muhammad, Imam Nasa'i bernama Ahmad, Imam Ibnu Majah bernama bernama Muhammad, Imam Darimi bernama Ahmad, Ibnu Taimiyyah bernama Ahmad, Ibnu Khuzaimah bernama bernama Muhammad, Imam Ahmad bin Hanbal juga satu nama, Imam Malik, Imam Abu Hanifah pula bernama Nu'man bin Tsabit dan Abu Hasan Al-Asyari pengasas Mazhab Tauhid Asyairah bernama Ali dan lain-lain lagi.Imam asy-Syafii bernama Muhammad.
Jumlah Biri-biri
Adakah anak perempuan juga termasuk di dalam aqiqah ini? Ya, ia termasuk sekali kerana telah datang hadis yang mana hadis ini juga menjelaskan berkenaan jumlah biri-biri yang sunnah dibuat aqiqah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:

فَقَالَ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ وَعَنْ الْأُنْثَى وَاحِدَةٌ وَلَا يَضُرُّكُمْ ذُكْرَانًا كُنَّ أَمْ إِنَاثًا
"Dua ekor biri-biri untuk anak laki-laki dan satu ekor untuk anak perempuan. Dan tidak ada masalah bagi kalian apakah kambing tersebut jantan atau betina (Hadis riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi).

Hari Ketujuh Diutamakan, hari ke empat, lapan, sepuluh, empat belas dan dua puluh satu disunatkan (4, 7, 8, 10, 14, 21)
Untuk melaksanakan akikah ini, tertangguh ia kepada dua sahaja iaitu jika tidak berkesempatan melaksanakan pada hari ketujuh, maka hari keempat belas atau hari kedua puluh (14 dan 21) satu boleh dijadikan ganti. Ini berdasarkan dalil:

وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ أَنْ يُذْبَحَ عَنْ الْغُلَامِ الْعَقِيقَةُ يَوْمَ السَّابِعِ فَإِنْ لَمْ يَتَهَيَّأْ يَوْمَ السَّابِعِ فَيَوْمَ الرَّابِعَ عَشَرَ فَإِنْ لَمْ يَتَهَيَّأْ عُقَّ عَنْهُ يَوْمَ حَادٍ وَعِشْرِينَ
"Dan menjadi pedoman amal menurut para ulama`, mereka menyukai jika akikah untuk anak itu disembelih pada hari ke tujuh, jika belum tersedia pada hari ke tujuh maka pada hari ke empat belas, dan jika belum tersedia maka pada hari ke dua puluh satu". (Hadis riwayat Tirmidzi Thabarani dan manakala riwayat Baihaqi pula disahihkan Albani)


Ibnul-Qayyim berselisih dalam perkara ini, beliau berkata :

والظاهر أن التقييد بذلك استحباب وإلا فلو ذبح عنه في الرابع أو الثامن أو العاشر أو ما بعده أجزأت والاعتبار بالذبح لا بيوم الطبخ والأكل

"Zahirnya bahawa kaitan waktu penyembelihan haiwan ’aqiqah pada hari ketujuh hukumnya adalah istihbab (disukai). Jika tidak dilakukan pada waktu itu, iaitu disembelih pada hari keempat, kelapan, kesepuluh, dan seterusnya (4, 8 dan 10); maka hal itu mencukupi (sah). Perhitungan (hari ’aqiqah) itu adalah hari penyembelihan, bukan hari di mana daging dimasak atau dimakan” (Kitab Tuhfatul-Maudud hal. 44)

Berkenaan hari seterusnya pula, sesetengah ulama menukilkan bolehnya dengan gandaan tujuh iaitu termasuklah hari ke 28 sehingga kering darah ibu. Sesetengahnya pula berkata sehingga bayi berusia 2 tahun. Jika melebih usia ini, maka tanggungjawab kedua ibu bapanya telah berakhir dan si anak itu sendiri harus mengakikahkan untuk dirinya sendiri apabila dia sudah dewasa. Wallahu a'lam

Aqiqah Sempena Maulid Nabi
Aqiqah itu pada hari 7, 14 dan 21 atau dalam tempoh yang tersebut manakala menurut Ibnu al-Qayyim, dengan penambahan hari ke 4, 8 dan 10. Sebahagian kecil ulama berkata, sehingga hari ke 28, sebahagian kecil pula berpendapat sehinga darah nifas kering dan sebahagian lagi berkata sehingga usia 2 tahun dan usia 2 tahun ini adalah muktamad. Walaupun terdapat hadis nabi mengakikahkan dirinya sendiri iaitu:

أَخْبَرَنَا أَبُو الْحَسَنِ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ دَاوُدَ الْعَلَوِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ ، أنبا حَاجِبُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ سُفْيَانَ الطُّوسِيُّ ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ حَمَّادٍ الأَبْيُورْدِيُّ ، ثنا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، أنبا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَرَّرٍ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنْ نَفْسِهِ بَعْدَ النُّبُوَّةِ " ، قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ : إِنَّمَا تَرَكُوا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُحَرَّرٍ لِحَالِ هَذَا الْحَدِيثِ ، قَالَ الْفَقِيهُ رَحِمَهُ اللَّهُ : وَقَدْ رُوِيَ مِنْ وَجْهٍ آخَرَ ، عَنْ قَتَادَةَ ، وَمِنْ وَجْهٍ آخَرَ ، عَنْ أَنَسٍ ، وَلَيْسَ بِشَيْءٍ

Berkata Anas : Bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam itu pernah mengaqiqahkan untuk dirinya setelah masa kenabian. (Hadis Riwayat Baihaqi, Bazzar, Ibnu Hazm Muhammad bin Abdul Malik bin Aiman, Thabarani dan Khallal. Sesungguhnya hadits ini munkar kerana di dalamnya ada Abdullah bin Muharror dan ia termasuk orang lemah sekali sebagaimana disebutkan oleh al Hafizh Ibnu Hajar. Kemudian Abdur Razaq berkata, 'Sesungguhnya mereka telah membicarakan dalam masalah ini disebabkan hadits ini' sebagaimana tercatat di dalam kitab Nailul Authar jilid 8 halaman 161-162. Albani berkata hadis riwayat Ibnu Hazm ini sanadnya hasan dan hadis ini sahih li ghairihi kerana ada syawahid demikian juga Hasan Al-Bashri membolehkannya. Ibnu Qayyim dalam Tuhfatul Maudud tidak memakruhkannya dan Ibnu Sirrin dalam Mushannaf Abi Syaibah membolehkannya.)

Maka hadis ini bersesuaian untuk mereka yang baru memeluk Islam atau di zaman kecilnya, ibu bapanya sangat miskin sehingga tidak dapat mengakikahkannya. Tetapi sebahagian besar ulama Mazhab Syafii, Maliki dan Hanbali menjelaskan, aqiqah dibebankan kepada ibu bapa yang menanggung nafkah hidupnya. Walau bagaimanapun, sebahagian pendapat mazhab Hanbali, tiada had masa dan boleh sahaja (rujuk kitab al Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 4 halaman 2748)


Jika berkebetulan 12 rabiul awal dengan hari tersebut, maka itu sangat menyeronokkan. Tetapi jika menunggu semata-mata untuk aqiqah pada maulid rasulullah, itu juga dibolehkan. Tetapi janganlah terlalu lama sehingga mencecah setahun. Asalkan aqiqah sebelum bayi berusia 2 tahun tetapi pendapat yang paling kuat beserta dalil ialah sehingga hari ke 21. Wallahu a'lam

Kambing atau Biri-Biri?
Hajjaj bin Muhammad (wafat 206H) berkata:
قَالَ حَجَّاجٌ فِي حَدِيثِهِ وَالضَّأْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الْمَعْزِ
"Dan biri-biri (untuk korban) lebih aku sukai daripada kambing..." (Hadis riwayat Ahmad)

Bolehkah Aqiqah Dengan Lembu, Unta, Kerbau
Sebahagian ulama dari mazhab al-Syafii berpendapat boleh kerana melihat masalah akikah adalah sama dengan korban yang boleh berkogsi bahagian sepertimana yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi. Dalilnya:
Ulama’ Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadis yang diiwayatkan oleh Anas bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:
وعن أنس قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : " من ولد له غلام فليعق عنه من الإبل ، والبقر ، والغنم 
“Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” [Hadis riwayat al-Tabarani. Hadis ini lemah kerana terdapat Mus'adah bin Alyasa' seorang pendusta].

Manakala ulama-ulama mazhab Hambali dan Maliki berpendapat tidak boleh jika seseorang hendak melakukan akikah dengan seekor lembu.

Ulama yang berpendapat tidak boleh berkongsi dalam melaksanakan ‘akikah, melihat ‘akikah adalah satu penebusan terhadap anak yang dilahirkan, maka seekor binatang yang disembelihkan untuk akikah adalah untuk seorang anak sahaja, kerana itu tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya perkongsian dalam melakukan akikah, maka ibadah hendaklah dibina atas dasar al-tauqif (mengikut dalil).

“dan yang lebih hampir (kepada kebenaran), bahawasanya ia (‘akikah) tidak boleh berkongsi, dan inilah (mazhab yang lebih hampir kepada kebenaran) mazhab al-Malikiyyah dan al-Hanabilah.” (lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 30/279)

Aqiqah lembu, sepertujuh (1/7) bahagian lembu/kerbau/unta menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor lembu/kerbau/unta boleh dijadikan aqiqah untuk tujuh orang anak.

Dan harus hukumnya seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan sedangkan bahagian yang selebihnya diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja.

Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.

Apapun, kambing atau biri-biri lebih afdal dan sunat hukumnya berbanding unta, lembu dan kerbau yang mana hukumnya hanyalah harus. Apa pun sejak akhir-akhir ini, ulama berlapang dada menerimanya dan tidak menganggap ianya khilaf, tetapi hanya mengatakan hanya kambing atau biri-biri sahaja hukumnya sunat.

Sedekah Daging, Dimasak Manis
Berbeza dengan daging korban yang disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Daging akikah pula sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian barulah disedekahkan kepada fakir miskin.

Imam Khatib ash-Syarbini menukilkan bahawa: “Bahkan (sunat) dipotong setiap tulang (binatang aqiqah itu) mengikut sendi-sendinya sebagai bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keselamatan anggota anak yang dilahirkan.” (Kitab Mughni al-Muhtaj: 4/370).

Demikian juga di dalam mazhab al-Syafie seperti yang dijelaskan oleh al-Shirazi : “Dan disunatkan memasak dagingnya (akikah) masakan manis agar mengambil tafa’ul (mudah-mudahan) supaya akhlaknya juga manis”. (Majmuk al-Muhazzab bi sharh al-Nawawi).

Imam Khatib asy-Syarbini berkata:
“Jika dipecahnya (tulang binatang aqiqah) itu tidaklah dikira makruh kerana tidak ada dalil yang sabit menyebutkan mengenai larangan (makruh memecah sendi-sendi tulang binatang aqiqah) yang dimaksudkan, bahkan hukumnya adalah khilaf al-awla (iaitu menyalahi yang utama).” (Kitab Mughni al-Muhtaj: 4/370)

Adakah Perlu Walimah Aqiqah (Jemputan Majlis Aqiqah Ke Rumah)
Imam An-Nawawi berkata : 
قال أصحابنا والتصدق بلحمها ومرقها على المساكين بالبعث إليهم أفضل من الدعاء إليها ولو دعا إليها قوما جاز ولو فرق بعضها ودعا ناسا إلى بعضها جاز
"Berkata sahabat-sahabat kami : Menyedekahkan daging dan gulainya kepada orang-orang miskin dengan menghantarkan kepada mereka adalah lebih utama daripada mengundang orang-orang untuk makan di rumahnya. Jika ada seseorang yang mengundang (ke rumahnya) satu kaum, maka hukumnya boleh. Dan boleh juga, ia menyedekahkan daging ‘aqiqah tersebut ke sebahagian orang dan ia undang sebahagian yang lain, maka ini pun hukumnya boleh” (Al-Majmu’ Syarhul-Muhadzdzab, 8/430.)

Namun begitu, ringkasnya Ibnu Qudamah berkata :
وإن طبخها ودعا إخوانه فأكلوها فحسن
"Yang lebih baik dalam ‘aqiqah adalah memasak daging tersebut, lalu mengundang para tetangga untuk menyantapnya” (Al-Majmu’ Syarhul-Muhadzdzab, 8/430)

Bab ini masih khilaf dan inilah yang dinukilkan oleh Ibnu ‘Abdil-Barr, di mana beliau berkata dalam Kitab Al-Istidzkaar :
وقول مالك مثل قول الشافعي أنه تكسر عظامها ويطعم منها الجيران ولا يدعى الرجال كما يفعل بالوليمة

"Perkataan Malik adalah sebagaimana perkataan Asy-Syafi’i, iaitu tulangnya boleh dipatahkan dan sebahagian dagingnya kepada para tetangga, serta tidak mengundang orang-orang  sebagaimana yang dilakukan pada pesta pernikahan”.
Bercukur Kepala
Pada hari ketujuh, disunnahkan mencukur SELURUH KEPALA bayi lelaki berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad.

Menurut Ustaz Abu Hasan Din al-Hafiz, potong jambul merupakan amalan bidaah kerana yang sebetulnya ialah mencukur botak kepala bayi. Ujarnya lagi, ini termasuklah amalan hindu iaitu meletakkan rambut di dalam buah kelapa muda

Namun begitu, jika tidak ditemukan pencukur yang mahir, cukup sekadar menganggar berat rambut bayi dan kemudian sedekah jumlah berat rambut tersebut dengan nilai semasa berat dan harga perak menurut fatwa Syeikh Shalih Utsaimin.

Perak atau Emas?
Anggaran nilai perak melalui dalil dari hadis:
وَقَالَ يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
beliau bersabda: "Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya lalu sedekahkanlah perak seberat rambutnya." Ali berkata, "Aku kemudian menimbang rambutnya, dan beratnya sekadar wang satu dirham atau sebahagiannya. (Hadis riwayat Tirmidzi, Baihaqi dan Imam Ahmad meriwayatkan seumpamanya).

Nilai emas lebih baik kerana memperbanyakkan jumlah sedekah namun begitu, jika tidak mampu maka memadai dengan nilai perak.

Bayi Perempuan Juga Sunnah Dicukurkan Kepalanya
Berkenaan bayi lelaki atau perempuan yang dituntut, jawapan yang jelas ialah sunnahnya pada bayi lelaki kerana di dalam hadis menyebut kullu ghulam (كُلُّ غُلَامٍ) yang bermaksud setiap bayi lelaki. Adapun bagi bayi perempuan, hukumnya sunat dan sesetengah ulama turut mengatakan ianya sunnah.
Hari bagi mencukur itu ialah hari ketujuh. Ini kerana dari lafaz makna hadis, ia sunnah dilakukan bersama dengan akikah dan menamakannya pada hari ketujuh. Hadis yang mengatakan akikah sunnah juga dilakukan hari ke-14 dan 21 tidak memberitakan akan cukur kepala.
Maka berselisih antara ulama akan hal ini dan pendapat yang ramai mengatakan hukumnya sunnah juga mencukur kepala bayi pada hari yang tersebut itu.

Tahnik
Perbuatan tahnik ialah perbuatan sunnah, tahnik ialah memasukkan makanan yang tidak mengenyangkan lagi mudah hadam dengan mengunyahkan buah kurma kemudian memasukkan ke mulut bayi. Banyak hadis yang mengaitkan peristiwa tahnik dan salah satunya:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَ صَبِيًّا فِي حَجْرِهِ يُحَنِّكُهُ
dari Aisyah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah meletakkan seorang bayi di pangkuannya kemudian beliau mentahniknya (Hadis Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Jenis Makanan Tahnik
Tamar (kurma kering), madu dan air liur orang yang soleh. Inilah yang tercatat di dalam Kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari ketika mensyarahkan hadis berkenaan air kencing bayi yang terkena di pakaian Rasulullah iaitu:

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ إِيَّاهُ
dari 'Aisyah Ummul Mukminin, ia berkata, "Pernah seorang bayi dibawa ke hadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu bayi tersebut kencing hingga mengenai pakaiannya. Beliau lalu minta air dan mengusapinya dengan air tersebut." (Hadis sahih Bukhari nombor 222)

لم يأكل الطعام المراد بالطعام ما عدا اللبن الذي يرتضعه والتمر الذي يحنك به والعسل الذي يلعقه للمداواة وغيرها
Tidak makan makanan yang dimakan kecuali susu yang disusukan kepadanya, kurma (tamar) yang ditahnikkan kepadanya dan madu yang ia dicecap sebagai ubat dan lain-lain lagi.

Manakala air liur pula berdasarkan dalil bahawa Rasulullah meludahi mulut bayi saat tahnik.

ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Kemudian beliau meminta sebutir kurma dan mengunyahnya kemudian meludahkannya ke mulut bayiku. sehingga yang pertama kali masuk ke rongga mulutnya adalah air ludah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan tahnik dengan madu ialah mengurangkan risiko penyakit kuning (Jaundice).

Masa Tahnik
Masa tahnik ini ialah sebelum si bayi memakan makanan selain susu. Kebanyakan ulama menetapkan pada hari aqiqah dan ada juga berkata pada hari diberikan nama bayi itu. Sebenarnya masa tahnik ini boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu sebelum si bayi makan selain susu ibunya berdasarkan peristiwa yang berlaku pada Asma' dan Ummu Sulaim, salah satu hadisnya ialah:

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا وَلَدَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ قَالَتْ لِي يَا أَنَسُ انْظُرْ هَذَا الْغُلَامَ فَلَا يُصِيبَنَّ شَيْئًا حَتَّى تَغْدُوَ بِهِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَنِّكُهُ
dari Anas radliallahu 'anhu dia berkata; Ketika Ummu Sulaim melahirkan, dia berkata kepadaku; "Wahai Anas, lihatlah bayi kecil ini, dan jangan sampai ia mendapatkan sesuatu (untuk dimakan) sehingga besok pagi kita menemui nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya beliau mentahniknya (mengunyahkan buah kurma kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi)

wallahu a'lam

Amalan Sunat Ketika Bayi Lahir

1. Azan dan iqamat-HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la )
2. Membelah mulut (tahnik)-TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
3. Penyusuan-SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga merupakan makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan pemikiran dan sikap yang baik (soleh) ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
4. Memberi nama-TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga adalah memberi nama dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
5. Bercukur-MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.
6. Aqiqah-HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke
7. Berkhatan BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” (Hadis Riwayat At- Tabrani) Ketika anak-anak masih kecil berikanlah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar.
8. Mengucapkan selamat dan kesyukuran kepada si ibu atas kurniaan Allah S.W.T terhadap rezeki (baca; bayi) yang diberi.

Monday, September 8, 2014

Maksud Tahiyat Awal



Semoga memberi manfaat pada orang lain. Indah bila dapat mengetahui maksud di sebalik bacaan Al-Quran.

Thursday, September 4, 2014

Khasiat Madu Kelulut

KHASIAT

Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklahmeningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.
InsyaALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.
Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
InsyaALLAH, mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser.

Petikan diambil dari : http://kelulutmalaysia.blogspot.com/ 

Wednesday, September 3, 2014

Maksud Surah Ar-Rahman

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.(1)
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.(2)
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - (3)
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.(4)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (5)
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6)
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, (7)
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;  (8)
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9)
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:  (10)
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; (11)
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; (12)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?  (13)
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, (14)
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; (15)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  (16)
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18)
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;(19)
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;  (20)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21)
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;(22)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  (23)
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; (24)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?(25)